Pemarkahan setimpal persembahan - Akim Ahmad - Utusan Malaysia

Pemarkahan setimpal persembahan – Akim Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Akim Ahmad, memaklumkan bahawa peserta Big Stage x Rocketfuel perlu menunjukkan tahap persembahan memberansangkan untuk menambat hati ketiga-tiga juri rancangan itu

Akim berkata, sebab itu beliau sedikit berkira-kira ketika memberikan pemarkahan, tidak lain hanya bertujuan untuk mendesak peserta membuat persembahan yang terbaik setiap minggu.

“Bila mereka tak mampu hadap cabaran, maka pemarkahan adalah selayakanya dengan mutu persembahan.

“Saya harap ini bukan perkara yang menjatuhkan motivasi mereka, sebaliknya memberi pengajaran dan input untuk memperbaiki kualiti persembahan,” katanya.

Disoal persemabahan bagaimana yang selayaknya menambat hatinya, Akim berkata nyanyian yang berjiwa dan berkarakter diutamakan untuk mendapat markah tinggi.

“Sebagai pendengar, saya lebih tertarik kepada penyanyi yang memberikan karakter atau jiwa, yang mampu memberikan penjiwaan dan penyampaian yang baik untuk pendengar.

“Saya harap mereka dapat perhalusi lagu-lagu yang mereka akan nyanyikan untuk persembahan minggu seterusnya,” katanya lagi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN