Sidang DUN Kelantan: Pengangguran tunjuk trend pemulihan

Sidang DUN Kelantan: Pengangguran tunjuk trend pemulihan

HANIFA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kadar pengangguran di negeri ini menunjukkan trend pemulihan apabila berada pada tahap adalah 3.8 peratus berbanding jumlah keseluruhan tenaga buruh iaitu sebanyak 700,000 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, pada tahun lalu kadar pengangguran pada tahap 4.2 peratus.

Menurutnya, pemulihan susulan penyertaan buruh ke dalam sektor pekerjaan semakin meningkat selepas aktiviti ekonomi kembali dibuka setelah Malaysia beralih ke Fasa Endemik Covid-19.

“Langkah pembukaan sektor ekonomi oleh kerajaan Persekutuan mendorong lebih banyak permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan, justeru memberi lebih banyak peluang kepada usahawan untuk menjana semula pendapatan mereka.

“Kerajaan negeri bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi meransang pasaran buruh agar dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan Mohd. Adanan Hassan (Pas-Kelaboran) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir itu memberitahu, berpandukan kepada statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Perkeso Negeri Kelantan telah melaksanakan 53 temuduga mingguan, 34 temuduga khas dalam tempoh Januari sehingga 17 Oktober tahun ini.

Katanya, turut sama diadakan adalah dua temuduga secara atas talian dan satu karnival kerjaya peringkat negeri kepada golongan sasar seperti Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, belia, graduan dan bekas penagih.

“Program ini dapat membantu meningkatkan peluang mencari kerja dan secara tidak langsung membantu majikan memenuhi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

“Perkeso Negeri Kelantan juga secara aktif melaksanakan libat urus dan kerjasama strategik bersama agensi awam dan swasta bagi memastikan informasi berkenaan agensi itu dan inisiatif di bawah Jaminan Kerja Insentif Penggajian (JKIP) sampai kepada masyarakat,” ujarnya.

Hanifa memberitahu, agensi kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) Negeri Kelantan menganjurkan pelbagai program latihan kemahiran dari masa ke semasa.

“Program-program latihan ini adalah untuk meningkatkan daya saing para penganggur dalam mendapatkan pekerjaan. Selain itu latihan usahawan turut diadakan oleh kedua-dua agensi bagi menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan.

“Di samping itu beberapa projek besar yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri seperti kilang simen di Chiku, Gua Musang, IBS Machang dan Perabot City Gua Musang diharap dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Hafina berkata, kerajaan turut berharap lain-lain projek berimpak tinggi seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Taman Industri Tok Bali dan Kota Bharu Sentral di Tunjung dapat membantu menangani masalah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya