Sengsara hidu bau busuk akibat banjir termenung

Sengsara hidu bau busuk akibat banjir termenung

SEORANG penduduk menunggang motosikal meredah air banjir termenung di halaman rumahnya di Bagan Datuk, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Penduduk di beberapa buah kampung di sini sudah tidak tahan menghidu bau busuk daripada banjir termenung di kawasan rumah sejak sebulan lalu.

Kawasan yang terlibat termasuk Kampung Sungai Tiang Darat, Sungai Tiang Baruh, Selekoh, Che Maja, Sungai Belukang, Rungkup Kecil,Sungai Nipah Baruh dan Kampung Simpang Tiga Rungkup.

Keadaan itu sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan tidak berubah disebabkan musim tengkujuh selain fenomena air pasar besar.

Seorang penduduk, Ismawi Ridzuan, 60, berkata, air banjir di kawasan rumah mereka tidak dapat mengalir keluar melalui longkang ke parit disebabkan parit dipenuhi rumput dan sampah.

Katanya, keadaan itu sudah berlarutan sejak sebulan lalu sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka.

“Air yang tidak dapat dialirkan keluar dari kawasan rumah kami menyebabkan ia bertukar kepada warna hitam selain mengeluarkan bau busuk.

“Jika longkang dan parit tidak tersumbat dengan rumput atau sampah serta kayu dan sebagainya, air boleh mengalir keluar dengan cepat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya, banjir termenung juga menjejaskan tamanan penduduk seperti pokok pisang, kelapa dan kelapa sawit.

Seorang lagi penduduk, Fauzi Zamanhuri, 69, berkata, banjir di kawasan itu berpunca daripada hujan lebat namun tidak surut dalam tempoh lama sehingga memberi kesan terhadap kegiatan seharian.

“Kami tidak mahu rumah terus digenangi air banjir, sudahlah banjir, airnya keruh dan berbau sangat busuk.

“Saya amat berharap pihak yang berkenaan segera menyelesaikan masalah ini dengan membersihkan semak samun di parit dan longkang yang menjadi punca air tidak dapat mengalir keluar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya