Sabah sedia kerjasama dengan kerajaan Persekutuan

Sabah sedia kerjasama dengan kerajaan Persekutuan

Kedudukan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri semakin kukuh selepas Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap beliau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletak keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan di negeri ini.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, beliau berharap agar usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan dapat direalisasikan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Pengalaman luas Anwar diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, adalah diharapkan agar manifesto Pakatan Harapan (PH) termasuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.