ATLANTA: Mohamed Salah berkongsi mesej penuh emosi bersama rakan sepasukan dan penyokong Mesir selepas tersingkir pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026.
Kapten Mesir itu menyatakan betapa dia bangga dengan pasukan itu dan meminta semua orang terus percaya dengan impian mereka.
Perjalanan Mesir di pentas Piala Dunia 2026 berkhir selepas kekalahan dramatik 2-3 kepada Argentina.
Kapten skuad The Pharaoh itu mengumpulkan rakan sepasukan dalam bilik persalinan dan berkata, betapa dia sangat bangga dengan semua yang mereka sudah capai dalam kejohanan itu.
Dia mengingatkan bahawa Mesir sudah menulis sejarah terhebat dengan mara melepasi peringkat kumpulan buat pertama kali seterusnya ke pusingan kalah mati.
Salah mengucapkan terima kasih kepada semua orang dalam skuad kerana usaha mereka dan memuji komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
“Saya bangga dengan anda. Anda bertarung hingga penghujung dan menunjukkan semangat Mesir sebenar. Ini bukanlah penamat, tetapi permulaan untuk sesuatu yang lebih besar,” katanya.
Bintang Liverpool itu juga meminta rakan sepasukan untuk kekal yakin mengenai masa depan pasukan dengan menyatakan pengalaman diraih pada Piala Dunia akan membantu Mesir terus berkembang dalam tahun-tahun mendatang. – AGENSI










