[Rasmi] Anak Johari Abdul pertahan Sungai Petani untuk PH - Utusan Malaysia

[Rasmi] Anak Johari Abdul pertahan Sungai Petani untuk PH

MOHAMED Taufiq Johari bersama bapanya, Johari Abdul dan ahli keluarga meraikan kemenangan di Parlimen Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan (PH) terus mendapat kepercayaan pengundi Sungai Petani apabila calonnya, Mohamed Taufiq Johari menang kerusi itu dengan majoriti 1,115 undi walaupun kerusi lain di negeri ini dilaporkan terlepas.

Mohamed Taufiq yang juga anak kepada penyandang kerusi, Datuk Johari Abdul iaitu bekas Pengerusi PKR Kedah memperolehi sebanyak 50,580 undi, menewaskan pesaing terdekat, Dr. Robert Ling Kui Ee yang mendapat 49,465 undi.

Keputusan kemenangan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Rayam Datuk Syed Khairul Anuar Syed Abidin pada pukul 12.20 tengah malam tadi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Kenangan, Bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) di sini.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahanim Mohammad Yusuf mendapat 27,391 undi dikuti calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahaya yang meraih 2,342 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tan Joon Long memperolehi 226 undi sahaja.

Kemenangan itu membolehkan Taufiq meneruskan legasi kepimpinan bapanya yang memenangi kerusi itu sejak tiga penggal lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya