Purata enam kematian Covid-19 seminggu di Selangor

Purata enam kematian Covid-19 seminggu di Selangor

SITI MARIAH MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor secara purata mencatatkan enam kematian akibat jangkitan Covid-19 pada setiap minggu sepanjang tahun ini sehingga 19 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, penularan virus tersebut di negeri ini masih dalam keadaan terkawal.

“Sebanyak 11 kematian dicatat pada Minggu Epidemiologi (ME) 46 (bermula 13 November) yang berakhir 19 November lalu.

“Dari aspek kadar kematian secara keseluruhan, Selangor mencatat sejumlah 10,911 kes atau 0.7 peratus Case-Fatality-Rate (CFR) sejak COVID-19 bermula. Tahun ini hingga ME 46 pula, sebanyak 939 kematian direkodkan,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib yang bertanyakan mengenai tahap kawalan penularan Covid-19 sepanjang tahun ini di Selangor.

Daripada segi jumlah kes, kata Siti Mariah, secara purata sekitar 1,000 hingga 2,000 kes Covid-19 sehari direkodkan di Selangor mulai ME 35 hingga ME 46.

“Faktor menyumbang kepada keadaan semasa ini adalah disebabkan kadar vaksinasi Covid-19, termasuk pengambilan dos penggalak yang tinggi, iaitu meliputi lebih 90 peratus penduduk Selangor.

“Fasiliti kesihatan awam di negeri ini yang mampu menampung kes di kategori 3,4 dan 5 menjadi salah satu faktor kejayaan ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya