PRU15: Zahidi ramal BN tewas di Perlis

PRU15: Zahidi ramal BN tewas di Perlis

ZAHIDI Zainul Abidin (tengah) beramah mesra dengan anak muda dan penduduk di Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Calon Bebas Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, Datuk Zahidi Zainul Abidin meramalkan Barisan Nasional (BN) akan tewas buat pertama kalinya dalam sejarah di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, BN dijangka kehilangan sekurang-kurangnya sembilan kerusi DUN termasuk Parlimen Arau selain Padang Besar yang peluangnya masih seimbang.

Ujarnya, ramalan tersebut adalah hasil kajian dan berdasarkan pengalaman melihat kepada situasi semasa selepas pucuk pimpinan parti diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menggugurkan calon-calon boleh menang.

“Di Arau, empat kerusi sudah tentunya kalah iaitu Guar Sanji, Pauh, Simpang Empat dan Sanglang. Di Kangar, BN dijangka kalah di Kuala Perlis, Indera Kayangan, Sena dan Bintong.

“Padang Besar BN dilihat sudah pasti kalah di DUN Titi Tinggi manakala Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilihat tidak menghadapi masalah menang selain Padang Besar peluang 50-50 untuk BN menang,” katanya ketika ditemui di Kampung Lubuk Machang di sini hari ini.

Zahidi yang digugurkan sebagai calon BN dalam PRU15 dan bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Padang Besar bakal berhadapan saingan lima penjuru melibatkan Datuk Zahida Zarik Khan (BN);  Ko Chu Liang (Warisan); Rushdan Rusmi (PN) dan Muhammad Saad @ Yahya (PH).

Selain Padang Besar, Zahidi juga bertanding atas tiket Bebas di DUN Titi yang bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru iaitu Izizam Ibrahim (PN); Khaw Hock Kong (Warisan); Teh Seng Chuan (PH); Mohd. Shahril Md. Sarif (Pejuang) dan Teh Chai Aan (BN) yang juga penyandang kerusi itu.

Seorang lagi ‘otai politik’, Shahidan yang bertanding atas tiket PN pula akan bersaing dalam pertembungan tiga penjuru membabitkan Datuk Rozabil Abd. Rahman (BN) dan Fathin Amelina Fazlie (PH).

Sementara itu, Zahidi berkata, sepanjang tempoh kempen penerimaan pengundi terhadapnya begitu baik.

“Kebanyakan mereka selari dengan pendapat saya tidak mahu orang luar (calon) di sini, itu saja. Saya pun terangkan juga kepada mereka kalaulah anak Perlis, Padang Besar bertanding tidak ada masalah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya