PRU15: Warisan umum senarai penuh calon Sabah - Utusan Malaysia

PRU15: Warisan umum senarai penuh calon Sabah

MOHD. Shafie Apdal (kiri) menyampaikan watikah pelantikan calon kepada calon kerusi Parlimen Tuaran, Jo-anna Sue Henley Rampas di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membolehkan Parti Warisan (Warisan) mempertahan semua penyandang kerusi Parlimen sedia ada.

Senarai 26 calon Warisan itu diumumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini.

Tujuh penyandang yang dikekalkan termasuk Mohd. Shafie selaku penyandang kerusi Parlimen Semporna; Datuk Darell Leiking (Penampang); Datuk Mohd. Azis Jamman (Sepanggar); Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud); Ahmad Hassan (Papar); Ma’mun Sulaiman (Kalabakan) dan Datuk Rozman Isli (Labuan).

Bagi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya pula, Warisan menamakan Jamil Hamzah sebagai calon.

Berikut adalah senarai calon Warisan di Sabah yang akan bertanding pada PRU15:

P.166 Labuan – Datuk Rozman Isli

P.167 Kudat – Abdul Rashid Abdul Harun

P.168 Kota Marudu – Datuk Jilid @ Zainuddin Kuminding

P.169 Kota Belud – Isnaraissah Munirah Majilis

P.170 Tuaran – Jo-anna Sue Henley Rampas

P.171 Sepanggar – Datuk Mohd. Azis Jamman

P.172 Kota Kinabalu – Amanda Yeo Yan Yin

P.173 Putatan – Ahmad Mohd. Said

P.174 Penampang – Datuk Darell Leiking

P.175 Papar – Ahmad Hassan

P.176 Kimanis – Dr Daud Yusof

P.177 Beaufort – Masri Adul

P.178 Sipitang – Datuk Adnan Puteh

P.179 Ranau – Markos Siton

P.180 Keningau – Rasinin Koutis @ Kautis

P.181 Tenom – Ukim Buandi

P.182 Pensiangan – Siti Noorhasmawatty Osman

P.183 Beluran – Rowiena Rasid

P.184 Libaran – Sh Bokrata Sh Hassan

P.185 Batu Sapi – Alias Sani

P.186 Sandakan – Alex Thien Ching Qiang

P.187 Kinabatangan – Mohd. Ismail Ayob

P.188 Lahad Datu – Datuk Mohammad Yusof Apdal

P.189 Semporna – Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal  

P.190 Tawau – Chen Ket Chuin

P.191 Kalabakan – Ma’mun Sulaiman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya