PRU15: Mohd. Nizar tekad terus perjuangan bapa di Pekan - Utusan Malaysia

PRU15: Mohd. Nizar tekad terus perjuangan bapa di Pekan

MOHD. NIZAR NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya, Datuk Mohd. Nizar Najib tekad meneruskan perjuangan bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan.

Beliau berkata, pencalonannya di kerusi itu merupakan satu tanggungjawab cukup berat untuk dipikul demi rakyat.

“Kini tugas saya untuk meneruskan perjuangan bapa di Pekan. Ia tanggungjawab saya fikir amat berat untuk dipikul kerana ayahanda telah melakukan banyak inisiatif pembangunan untuk rakyat.

“Apa pun saya cuba terbaik menjejak langkah ini, ini bukan satu jejak mudah untuk dilakukan tapi saya akan berikan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman calon BN Pahang di sini hari ini.

Mohd. Nizar berkata, sebagai calon baharu, beliau akan bersama membantu memperkukuh kerajaan negeri jika diberikan peluang oleh rakyat untuk berkhidmat.

“Kami akan terus membantu kerajaan negeri meneruskan agenda membela dan menyejahterakan rakyat.

“Saya sendiri akan fokus kepada usaha membangunkan anak muda dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran golongan itu selain membantu menarik pelaburan baharu ke kawasan Pekan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun usaha itu tidak mudah, beliau akan tetap usahakan demi kepentingan penduduk di Pekan amnya dan Pahang khususnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.