PRU15: Ekonomi kembali stabil jika BN menang - Utusan Malaysia

PRU15: Ekonomi kembali stabil jika BN menang

MOHD. Zubir Embong (tengah) dan Ahmad Said (kiri) beramah mesra dengan peniaga di Pasar Cabang Tiga, Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Para peniaga di bandar raya ini disaran memilih Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ekonomi kembali stabil dan perniagaan meningkat maju selepas PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Zubir Embong berkata, keadaan ekonomi yang merosot pada masa ini didapati memberi kesan kepada peniaga di seluruh negara.

Menurutnya, kesilapan mereka memilih parti lain dibimbangi perniagaan mereka terus terjejas selepas ini.

Sehubungan itu katanya, peniaga di bandar raya ini perlu memberi sokongan kepada BN yang mempunyai rekod cemerlang dalam menguruskan ekonomi negara.

“Saya percaya sektor peniagaan akan kembali meriah sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN untuk menerajui semula negara selepas PRU15,” katanya ketika bersama Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dalam majlis jamuan komuniti Pasar Cabang Tiga di sini hari ini.

Selain itu Mohd. Zubir memberitahu, beliau merancang untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung di bandar raya ini, seterusnya membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, kawasan Parlimen ini mempunyai banyak destinasi menarik yang boleh menjadi tarikan pelancong.

“Kehadiran pelancong yang ramai dapat memberi keuntungan kepada peniaga apabila mereka berbelanja sepanjang berada di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.