PRU15: Ahmad Idham pegang prinsip ‘biar kerja berbicara’

PRU15: Ahmad Idham pegang prinsip ‘biar kerja berbicara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah dan pelakon, Ahmad Idham, 48, bertekad untuk terus berpegang kepada prinsip ‘biar kerja berbicara’ dalam usahanya memburu kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bertanding atas tiket Gerakan Tanah Air (GTA), Idham bersemangat untuk memulakan langkahnya sebagai calon Parlimen.

“Alhamdulillah selesai proses penamaan calon, sebentar tadi bagi Parlimen P132 Port Dickson. Saya akan mulakan langkah sebagai calon Parlimen Port Dickson bermula hari ini.

“Saya akan terus berpegang kepada prinsip biar kerja yang berbicara. Saya tidak pandai untuk menjanjikan bulan dan bintang.

“Namun, saya akan terus mendapatkan data secara organik di peringkat bawah agar dapat menyelami setiap permasalahan yang ada untuk kita ambil tindakan,” katanya.

Idham berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Idham juga berharap semua penyokong dan pengikut dapat mendoakan usahanya itu.

“Tidak ada daya dan kekuatan daripada saya melainkan semuanya datang daripada Allah. Doakan saya!,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN