Presiden UMNO, Timbalan diseru lepas jawatan

Presiden UMNO, Timbalan diseru lepas jawatan

SHEIKH WESHAL SHEIKH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja menyeru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) yang hanya mendapat 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir semalam.

Ketuanya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkata, untuk itu Ahmad Zahid perlu meletak jawatan seperti mana dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila parti itu kalah dalam PRU14.

“Pemuda UMNO Kota Raja juga meminta Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengotakan janji beliau untuk meletak jawatan sekiranya
BN gagal memenangi pilihan raya kali ini.

“Sudah tiba masanya sebarang perundingan UMNO dengan parti lain dijalankan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang lebih terbuka, tenang dan bertindak atas kepentingan parti bukan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sheikh Weshal berkata, pihaknya amat kecewa dengan keputusan PRU15 yang menyaksikan BN kalah teruk di peringkat Parlimen, malah turut tewas di
peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Perak dan Pahang.

“Kekalahan ini sebahagian besarnya disebabkan tindakan Ahmad Zahid membelakangkan parti dalam proses pemberian watikah calon.

“Presiden juga gagal memahami kehendak pengundi sehingga mengelirukan ahli seolah-olah parti akan menang besar jika PRU diadakan pada tahun
ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.