Negara berdukacita pemergian Tun Dr Hasmah - Zahid Hamidi

Negara berdukacita pemergian Tun Dr Hasmah – Zahid Hamidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. 

Ahmad Zahid berkata, negara turut berduka atas pemergian tokoh wanita yang disifatkannya sebagai begitu dihormati dan dekat di hati rakyat Malaysia.

“Saya dan keluarga merakamkan salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama puluhan tahun, kita semua menjadi saksi Allahyarhamah menjadi teman hidup Tun, berkongsi hari-hari bersama, membesarkan keluarga dan mendampingi beliau ketika memikul amanah kepada negara,” katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid turut berkata, kehilangan insan yang begitu lama berada di sisi pastinya amat dirasai keluarga Allahyarhamah.

Beliau turut menyifatkan Allahyarhamah sebagai tokoh yang akan dikenang atas khidmatnya sebagai seorang doktor serta keprihatinannya terhadap kesejahteraan masyarakat.

“Kelembutan, kesederhanaan dan keteguhan beliau sepanjang hayat menjadikan Allahyarhamah insan yang disayangi serta menjadi contoh teladan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar Allah mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman.

Beliau juga mendoakan agar Tun Dr. Mahathir dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

Allahyarhamah Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada kira-kira 9.20 pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×