Presiden UMNO kena dengar pandangan ahli parti - Ismail Sabri

Presiden UMNO kena dengar pandangan ahli parti – Ismail Sabri

MESYUARAT Dewan Tertinggi BN yang diadakan di ibu negara hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan desakan beberapa pandangan dari parti berhubung kedudukannya sebagai Presiden UMNO.

Katanya, Zahid perlu membuat keputusan yang terbaik demi masa depan parti.

“Presiden kena dengar pandangan daripada semua. Bila Ketua Bahagian UMNO buat kenyataan, beberapa pihak buat kenyataan. 

“Saya harap Presiden UMNO buat pertimbangan sewajarnya. Jangan menutup telinga untuk tidak mendengar langsung pandangan.

“Mungkin untuk kebaikan parti, presiden mesti memikirkan masa depan parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.

Ini kerana, katanya, jawatan presiden yang dipegang Zahid tidak boleh dilucutkan begitu sahaja. 

“Dia menang pemilihan dan tak boleh dipecat begitu saja. Presiden kalau mahu dipecat mesti dua pertiga ahli panggil mesyuarat agung luar biasa untuk pecat presiden.

“Tapi presiden juga boleh menarik diri atau berhenti. Itu kuasa yang diberikan perlembagaan parti.

“Presiden perlu memikirkan demi masa depan parti dan jangan menutup telinga Ketua Bahagian UMNO, pemuda. Setiap hari kita dengar macam-macam desakan,” katanya.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, Khairy Jamaluddin, Shahril Sufian Hamdan dan Tan Sri Annuar Musa antara pemimpin UMNO yang terbuka meminta Zahid mengundurkan diri susulan kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya