LIUZHOU: Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richter melanda wilayah Guangxi di barat daya China awal pagi Isnin, mengorbankan dua mangsa dan memaksa lebih 7,000 penduduk dipindahkan.
Menurut laporan CCTV dan agensi berita Xinhua, seorang lagi mangsa masih hilang manakala empat individu dihantar ke hospital, namun tiada yang mengalami kecederaan serius.
Operasi mencari dan menyelamat sedang diteruskan ketika pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan gangguan terhadap sistem pengangkutan di kawasan terjejas.
Sebanyak 13 bangunan runtuh dalam kejadian awal pagi Isnin itu, lapor CCTV.
Pihak berkuasa kereta api turut memberi amaran mengenai kemungkinan gangguan pengangkutan ketika pemeriksaan dijalankan terhadap struktur landasan rel di kawasan terjejas.
Media kerajaan melaporkan, bekalan komunikasi, elektrik, air dan gas serta aliran trafik di kawasan terlibat masih beroperasi seperti biasa.










