Polis siasat kejadian poster PM dibakar

Polis siasat kejadian poster PM dibakar

POSTER kempen BN yang memaparkan gambar Perdana Menteri rosak dipercayai akibat perbuatan khianat di Gunung Keriang, Kuala Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH: Polis menyiasat perbuatan membakar poster Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Gelung Ayer di Gunung Keriang, di sini yang dipercayai angkara khianat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima aduan daripada salah seorang petugas Barisan Nasional (BN) yang kebetulan melalui kawasan itu pada pukul 3 petang semalam.

“Pengadu mengesyaki ada unsur-unsur khianat ke atas papan poster pemimpin negara dengan kesan terbakar. 

“Selain itu poster calon BN Parlimen Kuala Kedah, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut mempunyai kesan sama,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun berkata, perbuatan khianat itu amat mengecewakan pihaknya terutama ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin rancak.

“UMNO Kuala Kedah amat kesal dengan kejadian ini. Tanpa menuduh mana-mana pihak kita berharap supaya tiada lagi perbuatan seumpama itu selepas ini. 

“Semua penyokong parti perlu berkempen secara berhemah dan mengelak daripada membuat provokasi yang boleh mendatangkan pergaduhan pada kempen pilihan raya umum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya