PN Pahang sedia jadi pembangkang

PN Pahang sedia jadi pembangkang

SAIFUDDIN Abdullah (tengah) bersalaman dengan pelanggan sebuah restoran ketika melakukan tinjauan mesra di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang sedia menjadi pembangkang yang baik selepas penubuhan kerajaan di negeri ini antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ia penting agar parti gabungan itu dapat meneruskan prinsip dalam membentuk demokrasi yang matang, sederhana dan kepelbagaian kaum berasaskan nilai-nilai murni.

Menurutnya, kerajaan negeri yang dibentuk hari ini merupakan pilihan BN itu sendiri dan PN tidak mempunyai masalah terus sebagai pembangkang.

“Jadi kami (PN) tidak ada masalah. Kami sedia untuk menjadi pembangkang yang baik dan saya yakin ahli dewan undangan negeri (ADUN) kita yang menang itu dapat menjalankan amanah yang ditanggung oleh mereka itu dengan cara sebaik-baiknya.

“Namun begitu ada dua perkara pokok perlu PN lakukan kini iaitu pertama, bagaimana untuk menjadi pembangkang yang konstruktif, profesional dan progresif dengan tujuan kita mahu menjadi pembangkang yang baik dan bukan sekadar membangkang sahaja.

“Kedua, kita harus memperbaiki diri sendiri dengan cara melakukan post mortem. Kita sedia maklum kombinasi wakil rakyat PN terdiri daripada golongan profesional, maka kita perlu progresif menuju ke masa depan dan bukan pemikiran lama,” katanya ketika ditemui pemberita di Restoran Kemaman Kopitiam selepas melakukan tinjauan di sini hari ini.

Mengulas lanjut kegagalan menubuhkan kerajaan dengan BN di Pahang, Saifuddin menyatakan, rakyat akan menilai sendiri apa yang berlaku dalam proses pembentukan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Jelasnya, PN membuat tiga kali pertemuan dengan BN dalam usaha bergabung bagi membentuk kerajaan namun tidak mencapai kata sepakat.

“Kita menyatakan dalam rundingan bahawa PN mahu bersama BN dan tidak semestinya PN mengambil jawatan menteri besar, kita bersetuju untuk memberikan jawatan menteri besar kepada BN namun tawaran yang diberikan dalam mengagihan kerusi exco tidak menampakkan keadilan.

“BN sebaliknya hanya ingin memberi satu kerusi exco sahaja kepada kita dan dua lagi kepada PH…jadi kita mengambil keputusan lebih baik menjadi pembangkang.

“Saya tahu di luar sana ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai. Adat bertanding… adat berpolitik beginilah. Rakyat perlu lebih bertenang,” katanya.

Sementara itu, kata Saifuddin, PN Pahang kini menumpukan perhatian kepada PRU15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang dilihat mempunyai harapan untuk menang pada 7 Disember depan.

Katanya, pemilihan calon yang datang dari akar umbi memberikan keyakinan kepada PN Pahang supaya memenangi hati rakyat di situ. 

“Sebelum ini kita sudang menang bagi kerusi Parlimen Rompin dan DUN Tioman juga diharapkan tidak terkecuali,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya