PH pertahan Sungai Buloh empat penggal berturut-turut

PH pertahan Sungai Buloh empat penggal berturut-turut

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R. Ramanan memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh setelah meraih 50,943 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15).

Ramanan memperoleh majoriti 2,693 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang memperoleh  48,250 undi serta calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Ghazali Md. Hamin dengan 29,060 undi.

Calon Pejuang, Mohd. Akmal Mohd. Yusof pula memperoleh 829 undi, Ahmad Jufliz Faiza dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) 279 undi, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof (Bebas), 165 undi dan Nurhaslinda Basri (Bebas), 113 undi.

Keputusan rasmi PRU15 bagi Parlimen itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sungai Buloh, Mohd. Jusni Hashim pada pukul 2 pagi di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling Jaya, di sini, pagi ini.

Mohd. Jusni turut memaklumkan jumlah undi ditolak sebanyak 945 dan peratus pengundian sebanyak 82.77 peratus.

Untuk rekod, Parlimen Sungai Buloh adalahj kubu kuat PKR sejak 2008 yang dimenangi oleh bekas penyandangnya R. Sivarasa selama tiga penggal berturut-turut.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah daripada Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya