Pengundian PRU15 lancar, tiada insiden ancam ketenteraman

Pengundian PRU15 lancar, tiada insiden ancam ketenteraman awam

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada mana-mana pihak dikesan cuba menimbulkan perkara-perkara yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam berlangsung dengan aman.

Kata beliau, PDRM terus bersedia dalam menghadapi fasa Pasca PRU15 dan tempoh pembetulan kerajaan. 

“Bagi tujuan itu, semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam terjamin.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas bagi menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.