Pelan Ikhlas Ilhamku persediaan pendidikan anak-anak

Pelan Ikhlas Ilhamku persediaan pendidikan anak-anak

MUHAMMAD Fikri Mohamad Rawi (kanan) beramah mesra dengan sebahagian pengunjung yang mendaftar di kiosk Takaful Ikhlas ketika mengunjungi MSAM 2022 di Port Dickson, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad melancarkan pelan simpanan pendidikan terbaharu Ikhlas Ilhamku sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Muhammad Fikri Mohamad Rawi berkata, pelan terbaharu itu diilhamkan bagi membantu ibu bapa agar lebih bersedia dari segi kewangan untuk mendapatkan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka.

“Sebagai ibu bapa, pasti kita mahu menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak agar dapat membantu merealisasikan cita-cita mereka. 

“Namun, dengan peningkatan kos pendidikan masa kini, ia sedikit sebanyak boleh membebankan para ibu bapa,” katanya di MSAM 2022 di sini.

Muhammad Fikri berkata, justeru Takaful Ikhlas tampil menyediakan solusi kepada ibu bapa melalui pelan simpanan pendidikan Ikhlas Ilhamku untuk sama-sama memaksimumkan potensi anak-anak tanpa perlu memikirkan bebanan kewangan.

Beliau berkata, pelan Ikhlas Ilhamku itu dikhususkan untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur 10 tahun dan ke bawah.

“Selain manfaat simpanan pendidikan, pelan ini turut memberi ganjaran kecemerlangan untuk anak-anak bukan sahaja dalam bidang akademik.

“Bidang lain termasuk sukan, muzik dan pengajian berkaitan al-Quran seperti hafazan serta tilawah kerana kami percaya kejayaan anak-anak boleh dikecapi dalam apa jua bidang,” katanya.

Jelas Muhammad Fikri, menerusi pelan Ikhlas Ilhamku, pihak takaful menyediakan pembayaran khas kepada ibu bapa untuk membantu meringankan beban kewangan  dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak ketika memasuki sekolah menengah serta institut pengajian tinggi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya