fbpx

Payung Teduh, Pusakata kembali bergabung di Zepp KL

KUALA LUMPUR: Kumpulan popular Indonesia, Payung Teduh dan Pusakata bakal bergabung buat kali pertama di atas nama Parade Hujan menerusi Konsert Senandung Malam di Zepp KL, malam ini.

Menurut Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad, kali terkahir Payung Teduh diundang membuat persembahan di negara ini pada 2017 sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

“Kami berterima kasih dengan Neptune Presents kerana membuka peluang untuk kembali ke sini. Lebih istimewa, kali ini kami tampil sebagai sebuah band menggunakan nama Parade Hujan.

“Ini merupakan konsert pertama dan menjadi pengenalan rasmi kami sebagai Parade Hujan. Kami sentiasa menantikan peluang untuk ke sini kerana peminat sangat menyokong karya yang kami hasilkan,” katanya.

Pusakata berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang turut dihadiri
kumpulan Efek Rumah Kaca dan penganjur Neptune Presents, Nabila Huda.

Ditanya soal keyakinan untuk kembali bergerak bersama rakan lamanya, Pusakata berkata, dia yakin seiring usia, perdamaian adalah jalan terbaik.

“Saya masih ingat, pernah bercakap mahu bermain muzik dengan mereka sampai tua. Apabila perkara ini diajukan, mereka menyambut baik dan memberi kesempatan untuk saya kembali memperjuangkan muzik bersama anggota band yang lain.

“Mereka semua terbuka dalam perkara ini. Harus saya akui, gabungan semula ini adalah demi ‘show bussines’. Saya percaya soal pertemuan dan rezeki. Mungkin ini petanda baik buat kami sebagai Parade Hujan,” katanya.

Sementara itu, Payung Teduh yang popular dengan lagu seperti Akad dan Menuju Senja berkata, mereka tidak punya alasan untuk menolak tawaran beraksi di konsert tersebut.

Bagi mereka, jumlah peminat yang hadir bukan persoalan utama, sebaliknya ia penghargaan atas segala sokongan yang diterima daripada peminat di sini.

Tiket konsert yang bermula pukul 8.30
malam ini dijual pada harga RM180 dan RM220, manakala tiket RM650 untuk sesi eksklusif ramah mesra telah habis dijual.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN