Mengapa PH ‘sentap’ Pas sokong BN? - Utusan Malaysia

Mengapa PH ‘sentap’ Pas sokong BN?

ASYRAF Wajdi Dusuki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan sokongan serta arahan kepimpinan Pas kepada penyokong parti itu supaya memberikan undi kepada calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun mempersoalkan reaksi pimpinan Pakatan Harapan (PH) berhubung pendirian itu. 

“UMNO-BN mengalu-alukan sokongan dan arahan kepimpinan Pas kepada penyokong mereka agar memberi undi kepada calon-calon BN di Johor. Cuma kenapa pula pimpinan parti-parti PH pula tersentap dan meroyan?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Pas mengeluarkan arahan kepada semua ahli dan penyokong parti itu untuk mengundi calon UMNO-BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor ke-16.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi memastikan sokongan diberikan kepada UMNO-BN di kawasan yang tidak mempunyai calon daripada gabungan berkenaan.

Semalam, media melaporkan, kesediaan Pas memberi undi kepada calon BN di kawasan yang tidak ditandingi PN hanya akan menguntungkan PH.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hanya akan mengeruhkan hubungan mereka dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN