Pas atau Bersatu pilihan Shahidan Kassim, Ismail Abd. Mutalib?

Pas atau Bersatu pilihan Shahidan Kassim, Ismail Abd. Mutalib?

SHAHIDAN Kassim bersama calon-calon PN yang lain mencuri tumpuan di pusat penamaan calon di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua bekas ahli UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abd. Mutalib belum lagi memutuskan parti politik mana yang mereka mahu pilih dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.

Mengulas lanjut, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin ketika ditemui pemberita berkata, beliau perlu merujuk kepada parti dahulu mengenai perkara berkenaan. 

“Saya nak kena rujuk dahulu kes itu. Mereka (Shahidan dan Ismail) memang bertanding atas tiket PN dan itu sudah jelas. Namun, apa keputusan dan pendirian parti terhadap mereka berdua, saya perlu rujuk kepada parti dan saya tidak boleh komen lanjut mengenainya.

“Saya tidak boleh komen perkara yang saya tak dapat maklumat terperinci,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Taekwando Terbuka Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai kedudukan Shahidan dan Ismail dalam Bersatu selepas mereka memilih untuk mewakili PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Pada penamaan calon PRU15 semalam, Shahidan dan Ismail memilih untuk mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing iaitu Arau dan Maran atas tiket PN.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan keahlian bagi tiga pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket parti lawan atau Bebas pada PRU15 akan dipecat keahlian parti serta-merta.

Menurut Ahmad Zahid, mengikut perlembagaan UMNO, parti mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli yang bertanding atas tiket selain parti termasuk yang menjadi pencadang dan penyokong calon yang mewakili pembangkang.

Seorang lagi pemimpin UMNO iaitu penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut bertanding mempertahankan kerusi berkenaan dan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi atas tiket Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya