Operator kilang maut terjatuh dalam mesin

Operator kilang maut terjatuh dalam mesin

maut
ANGGOTA bomba mengangkat mayat S. Ganesen dari dalam mesin 'fuel conveyor' di Taman Perindustrian Bidor, Bidor hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam mesin ‘fuel conveyor’ di sebuah kilang sawit di Taman Perindustrian Bidor di sini hari ini.

Mangsa, S. Ganesen, 29, yang berasal dari Sungkai maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dihantar ke kilang berkenaan selepas menerima maklumat pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah terjatuh ke dalam mesin dengan ketinggian 4.5 meter.

“Tempat kejadian merupakan kilang memproses kelapa sawit yang telah beroperasi selama 25 tahun dan mangsa telah bekerja di sana sejak sembilan tahun lalu.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, mangsa didapati tersepit di dalam mesin berkenaan dan disahkan maut oleh petugas perubatan.

“Anggota bertindak mengangkat mangsa setelah bilah conveyor itu dipotong oleh pihak kilang. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya