fbpx

Muhyiddin kembali ke kediaman di Bukit Damansara

KENDERAAN yang membawa Muhyiddin Yassin tiba di kawasan perumahannya ketika pulang dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke kediamannya di Bukit Damansara di sini selepas lebih 30 minit berada di Istana Negara.

Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 5.15 petang sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu di situ.

Terdahulu, Muhyiddin dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 4.30 petang tadi.

Selain beliau, turut dititah menghadap ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia susulan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN