LRT: Tutup operasi sehingga tahu punca kerosakan

LRT: Tutup operasi sehingga tahu punca kerosakan

WEE KA SIONG dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria Ros, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU PAHAT: Laluan antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park tidak dibenarkan beroperasi sehingga punca kerosakan sebenar dapat dikenal pasti dan diatasi sepenuhnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, penutupan itu bagi mengelakkan keadaan lebih teruk selain menghindar daripada berlaku perkara tidak diingini.

Katanya, sehingga kini beliau hanya dimakumlam tentang kejadian laluan berkenaan kehilangan isyarat antara pusat kawalan dan tren namun masih tidak dimaklumkan punca sebenar.

“Untuk itu, laluan berkenaan ditutup  tujuh hari bagi kerja-kerja baik pulih sistem dan hanya dibuka selepas benar-benar boleh beroperasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Prasarana juga dingatkan sentiasa memberikan maklumat kepada orang ramai perkembangan kerja baik pulih laluan berkenaan bagi membolehkan mereka membuat perancangan perjalanan sama ada menggunakan alternatif pengangkutan lain atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Ayer Hitam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Prasarana dalam kenyataannya memaklumkan, semua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya menamatkan operasi lebih awal iaitu pada pukul 11 malam bagi memberi lebih masa kepada pasukan kejuruteraan untuk melaksanakan kerja rektifikasi dan baik pulih.

Rapid Rail juga akan berusaha menyelesaikan masalah itu dalam masa tersingkat manakala perkhidmatan bas perantara percuma disediakan bagi mengangkut penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen terjejas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN