Lima pekerja kilang selamat dalam kebakaran

Lima pekerja kilang selamat dalam kebakaran

KEBAKARAN kilang di Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima pekerja kilang nyaris rentung selepas sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puchong Jaya di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kelima-lima mangsa berusia 14 tahun hingga 44 tahun itu diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.20 malam.

Katanya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang, BBP Seksyen 7 dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak dengan kekuatan 41 anggota terbabit dalam operasi itu.

“Apabila tiba, kami mendapati kebakaran melibatkan empat unit pejabat di sebuah bangunan kilang yang terbakar 70 peratus. 

“Terdapat lima mangsa yang juga pekerja kilang itu berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN