Kanser kulit membimbangkan di Sabah

Kanser kulit membimbangkan di Sabah

PESERTA Persidangan Kanser Kulit Sabah 2026 menyaksikan pameran sempena persidangan itu. - UTUSAN/HARDY JOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kanser kulit menjadi isu kesihatan semakin membimbangkan di Sabah berpunca terdedah berterusan kepada sinaran ultra ungu sepanjang tahun berlaku di negeri beriklim tropika.

Keadaan itu menuntut peningkatan kesedaran masyarakat, pengesanan awal, diagnosis yang tepat serta rawatan berkesan untuk menangani penyakit berkenaan.

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr William Gotulis, berkata keadaan itu memerlukan usaha berterusan meningkatkan kesedaran masyarakat, memperkukuhkan pengesanan awal, memastikan pesakit mendapat diagnosis dan rawatan yang tepat.

“Oleh itu, pengukuhan kepakaran dalam usaha menangani isu penting memastikan pesakit menerima rawatan tepat pada waktu yang sesuai.

“Pembangunan kapasiti, latihan dan perkongsian ilmu dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan perlu terus diperkasakan supaya mereka sentiasa seiring dengan cabaran klinikal dan kemajuan perubatan yang semakin berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Kanser Kulit Sabah 2026 dihadiri 180 peserta terdiri pelajar perubatan, pegawai perubatan, profesional kesihatan bersekutu, doktor pelatih pembedahan, pakar serta perunding dari Malaysia dan luar negara di sini hari ini.

Dr. Gotulis menyifatkan persidangan itu mencerminkan komitmen tinggi penganjur dalam memperkukuh kepakaran klinikal, pertukaran ilmu akademik dan kerjasama multidisiplin dalam pengurusan kanser kulit.

Katanya, Jabatan Kesihatan Sabah kekal komited menyokong pelbagai inisiatif mampu meningkatkan kualiti, kebolehcapaian serta kelestarian perkhidmatan kesihatan selaras keutamaan digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Persidangan itu menyediakan platform penting untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman klinikal serta menyebarkan perkembangan terkini dalam aspek diagnosis, rawatan dan penjagaan rekonstruktif bagi pesakit kanser kulit,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Gotulis yakin persidangan sulung itu menjadi pemangkin kerjasama, penyelidikan dan pertukaran ilmu pada masa hadapan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kualiti penjagaan pesakit serta hasil rawatan klinikal yang lebih baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN