Lelaki serang orang awam tidak puas hati ditegur

Lelaki serang orang awam tidak puas hati ditegur punca kemalangan

TANGKAP layar pergaduhan dua lelaki di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh yang tular di media sosial. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tidak puas hati gara-gara ditegur, menyebabkan seorang lelaki bertindak menyerang orang awam yang membantu mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Raja Musa Aziz, di sini semalam.

Video kejadian berdurasi satu minit itu tular di media sosial dengan memaparkan dua lelaki bergaduh berhampiran dua kereta rosak akibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 6.07 petang membabitkan kereta jenis Honda City dan Toyota Camry.

Katanya, kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan melanggar kereta mangsa wanita berusia 52 tahun. 

“Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu kereta Honda City yang memandu di laluan bertentangan trafik.

“Pada masa sama, terdapat orang awam prihatin yang menyaksikan kemalangan telah tampil membantu mangsa namun lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan teguran mengatakan dia menyebabkan nahas lalu bertindak menyerang orang awam itu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, dua laporan polis dibuat masing-masing oleh orang awam dan wanita yang keretanya terlibat kemalangan dengan suspek.

Katanya, berikutan itu, suspek ditahan di Jalan Lahat pada pukul 12.10 tengah hari tadi.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ipoh esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.