Ku Nan dan Radzi selesai buang undi pagi ini.

Ku Nan, Radzi selesai mengundi

KU Nan bersama isteri, Anggraini Sentiyaki selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Calon Barisan Nasional (BN) P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) pukul 9.12 pagi tadi.

Beliau bersama isteri, Anggraini Sentiyaki tiba di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) pukul 9.02 pagi bagi tujuan itu.

Ku Nan ketika ditemui berkata, beliau merayu pengundi untuk keluar lebih awal bagi menunaikan kewajipan kepada negara.

“Biarpun hujan renyai-renyai saya lihat ramai sudah yang turun mengundi. Justeru, saya minta pengundi datang awal sebelah pagi bimbang petang hujan lebat,” katanya.

Katanya, beliau yakin sasaran peratusan keluar pengundi bagi P125 Putrajaya akan mencecah 90 peratus seperti pilihan raya umum sebelum ini.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi Jidin bersama isteri Balkis Zakaria turut mengundi di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Najah, Presint 9, di sini kira-kira 9.10 pagi ini.

Turut kelihatan di pusat pengundian sama adalah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bersama isteri.

IDRUS HARUN

Radzi ketika ditemui berkata, beliau melihat kehadiran pengundi pagi ini sangat baik walaupun hujan gerimis.

RADZI Jidin bersama isteri Balkis Zakaria.

Selain Ku Nan dan Radzi, calon bebas, Lim Fice Bee turut mengundi di SK Putrajaya Presint 16 (1), manakala calon Pakatan Harapan (PH), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz di Parlimen Seputeh.

Dua calon lain iaitu calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli mengundi di Parlimen Bangi, manakala calon bebas, Samsudin Mohamad Rahim difahamkan mengundi di Parlimen Machang, Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya