KJ tokoh berkredibiliti - Muhyiddin

KJ tokoh berkredibiliti – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN beramah mesra dengan penduduk pada Program Sembang Santai Bersama Masyarakat di Kampung Panjang Sari, Pagoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui Khairy Jamaluddin sebagai tokoh yang berkredibiliti untuk memegang jawatan Perdana Menteri suatu hari nanti.

Katanya, calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh yang juga Menteri Kesihatan itu sentiasa bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sebagai menteri.

“Saya fikir mungkin memang bukan satu omong kosong. Dia sorang tokoh yang bagus, malah dalam Kabinet saya pun dia antara orang yang dipercayai. Dia menguruskan soal Covid-19 dan sebagainya dengan baik, ada masa depan yang baik, cuma dia ada dalam parti yang salah.

“Tapi tak mengapalah, semua orang mempunyai cita-cita untuk jadi apa sekalipun. Tak perlu tanya kenapa kau nak jadi PM? Itu impian dia,” katanya mengulas kenyataaan Khairy  bahawa beliau ingin memimpin UMNO dan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Muhyiddin yang juga calon PN di Parlimen Pagoh berkata demikian ketika ditemui pada Program Sembang Santai Bersama Masyarakat di Kampung Panjang Sari, di sini, hari ini dengan  ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Beliau berkata, Khairy kena menambil alih UMNO dan menjadi Presiden terlebih dahulu untuk mencapai impian tersebut.

“Peroleh jumlah kerusi yang banyak serta boleh membentuk kerajaan. Ketika ini dia boleh cakap sahaja, tak salah pun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya