Khairy selesai mengundi, rindu Rembau - Utusan Malaysia

Khairy selesai mengundi, rindu Rembau

KHAIRY Jamaluddin selesai mengundi calon pilihan hatinya di pusat mengundi Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim, Gadong, Kota, Rembau pagi tadi. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim di Gadong, Kota, di sini pada pukul 9.28 pagi tadi.

Ditanya perasaannya untuk mengundi di kawasan Parlimen yang telah beliau berikan khidmat selama 14 tahun itu, Khairy mengakui berasa rindu.

“Perasaan rindu sedikit tapi saya rasa gembira dapat balik untuk mengundi. Saya telah mengundi untuk Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan).

“Beliau calon pilihan saya di Rembau ini. Saya harap beliau menang bergaya di sini, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut mengingatkan pengundi untuk keluar awal mengundi dan disebabkan cuaca tidak menentu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, proses pengundian di Parlimen Rembau berjalan lancar membabitkan penugasan 454 pegawai dan anggota di 58 buah pusat mengundi.

“Dua DUN iaitu Rantau dan Paroi terletak di bawah pengawasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, manakala dua lagi DUN iaitu Chembong dan Kota di bawah IPD Rembau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya