Khairy berkebolehan dan berkemampuan jadi PM  - Utusan Malaysia

Khairy berkebolehan dan berkemampuan jadi PM 

REEZAL Merican Naina Merican ketika Program Dialog Kepimpinan Masyarakat Setempat Zon Kota Damansara di Bandar Pinggiran Subang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, berkemampuan dan berkebolehan untuk menjadi Perdana Menteri berdasarkan rekod prestasi beliau sepanjang bergelar menteri dan Ahli Parlimen.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penyandang Parlimen Rembau itu berkhidmat dengan cukup baik di kerusi tersebut.

Jelasnya, sepanjang menjawat kedudukan menteri, setiap sentuhan Khairy boleh dikatakan membawa lakaran kejayaan yang tidak boleh dipersoalkan mana-mana pihak.

“Di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sentuhan beliau berjaya mengangkat Malaysia sebagai penganjur terbaik temasya Sukan SEA 2017 dan semestinya dilengkapi dengan kejayaan kontinjen negara ketika itu mendominasi saingan dengan muncul juara keseluruhan.

“Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu mencari seorang menteri untuk ketuai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), beliau tidak cari orang lain, saudara Khairy yang diberi kepercayaan menguruskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Dialog Kepimpinan Masyarakat Setempat Zon Kota Damansara di Bandar Pinggiran Subang, di sini, malam tadi.

Menurut beliau, Ismail Sabri juga sebelum ini mengatakan bahawa Khairy berkelayakan untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menyifatkan penduduk Sungai Buloh amat beruntung kerana Khairy sedia untuk berkhidmat dan membawa satu getaran, dimensi baharu dan segar di kawasan itu.

Terdahulu media melaporkan Khairy berhasrat menjadi Perdana Menteri sekiranya beliau menang di kerusi Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta memimpin UMNO suatu hari nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.