Keputusan Anwar tolak guna kereta import bukan perkara luar biasa

Keputusan Anwar tolak guna kereta import bukan perkara luar biasa

pau2022
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi jenis Mercedes S600 yang baharu bukalah perkara luar biasa.

Hal ini kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.

Pengarah Media dan Strategik Komunikasi kepada bekas Perdana Menteri itu, Datuk Ruhaidini Abd. Kadir berkata, Ismail Sabri sepanjang bergelar Perdana Menteri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang digunakan oleh pentadbiran terdahulu.

“Bahkan Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubah suai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri,” katanya dalam Facebook hari ini.

Malah Ruhaidini juga memaklumkan Ismail Sabri terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri telah indah diubah suai.

Semalam, Anwar menolak untuk menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya.

Sebelum ini, Anwar ketika sidang media Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin di Kajang mengingatkan semua anggota Kabinet yang bakal dilantik tidak lama lagi supaya tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu, terutama untuk kerja baik pulih pejabat masing-masing.

Perdana Menteri berkata, anggota Kabinetnya juga diingatkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan bagi kemudahan peribadi, sebaliknya ia perlu diutamakan bagi mengatasi lonjakan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau yang mengumumkan tidak akan mengambil gajinya sebagai Perdana Menteri, antara lain menasihati bakal anggota Kabinet supaya sentiasa berjimat dengan lebihan peruntukan itu perlu dipulangkan kepada golongan susah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya