Pengasuh didakwa bunuh bayi tujuh bulan

Pengasuh didakwa bunuh bayi tujuh bulan

BALQISH Mohamad Dzyhan ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini bagi pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), minggu lalu.

Tertuduh, Balqish Mohamad Dzyhan, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq antara pukul 9.30 dan 10.40 pagi, 5 Mei lalu di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dikenakan dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, menurut Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah, pesalah wanita tidak boleh dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Athirah Jamalullail manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Suraj Singh.

Tiada jaminan ditawarkan kepada Balqish dan mahkamah menetapkan 14 Julai hadapan untuk serahan laporan forensik, laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Semasa prosiding, peguam pemerhati, Nur Syakirah Nor Azam Shah turut hadir mewakili keluarga mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN