Mayat dalam longkang dipercayai maut akibat serangan jantung

Mayat dalam longkang dipercayai maut akibat serangan jantung

Mayat dalam longkang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pekerja kontraktor meninggal dunia dan mayatnya ditemukan di dalam longkang dekat Lorong Hulubalang 10C, Taman Sentosa, di sini, kelmarin dipercayai rebah akibat serangan jantung.

Siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut merupakan warga tempatan bekerja sebagai kontraktor Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) yang sedang menjalankan kerja-kerja di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Lim Jit Huey berkata, menurut keterangan wakil majikan yang hadir di lokasi, si mati mempunyai sejarah penyakit jantung.

“Setakat siasatan awal, tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan.

“Pihak polis juga menyeru agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian ini untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN