Kasut mahal: Jangan bawa naratif fitnah - Anwar

Kasut mahal: Jangan bawa naratif fitnah – Anwar

JENIS kasut dipercayai dipakai Anwar Ibrahim yang dikatakan berharga lebih RM5,000. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta mana-mana pihak tidak membawa naratif fitnah sekiranya mahu mengkritik beliau. 

Ia susulan seorang pengguna di Twitter mempersoal walaupun Anwar enggan menggunakan kereta Mercedez Benz S600, tetapi mendakwa beliau memakai sepasang kasut LV Major Loafers yang berharga RM5,500.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun  lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” jelas Anwar di Twitternya.

Terdahulu, pengguna media sosial merujuk kasut itu yang didakwa dipakai Anwar ketika beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10, Khamis lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.