Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat

Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat

PASUKAN penyelamat membantu mangsa banjir di Changkat Jong, Teluk Intan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keadaan banjir di negeri ini terus buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)  meningkat kepada 856 orang daripada 235 keluarga hari ini berbanding 615 mangsa daripada 108 keluarga semalam.

Kesemua mangsa daripada 25 kampung di tujuh buah daerah telah dipindahkan ke 13 buah PPS susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Jumlah itu direkodkan sehingga pukul 10 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berkata, pertambahan itu membabitkan daerah Hulu Perak, Kinta, Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung, Larut Matang dan Selama (LMS) serta Kerian.

“Enam pusat pemindahan baharu dibuka semalam apabila seramai 12 orang dipindahkan di PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Piandang di Kinta, DOR Kampung Sungai Baru, Trong (18) dan SK Alor Pongsu di Kerian (20). 

“Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gantong (37), SK Layang-Layang Kiri di Perak Tengah (97) dan Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di Hilir Perak (70),” katanya.

Dalam pada itu, paras air Sungai Perak membabitkan lembangan Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga apabila mencatatkan 54.11 meter berbanding paras normal, 52 meter.

Sungai Bernam membabitkan lembangan Sungai Slim di Slim River turut berada pada paras berjaga-jaga dengan 24.96 meter berbanding hanya 23.5 meter. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN