JBPM Kelantan tempatkan 5 anggota di lokasi berisiko banjir

JBPM Kelantan tempatkan 5 anggota di lokasi berisiko banjir

ZAINAL Madasin (tiga dari kanan) turut meninjau lokasi Sungai Kelantan yang menjadi laluan utama penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai berulang-alik berdekatan Jambatan Sultan Yahya Petra di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menempatkan lima anggota Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut Red Team di lokasi berisiko banjir bagi membantu tugasan menyelamat.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, anggota pasukan khas itu mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing termasuk tugasan Penyelamatan Di Air (PPDA) dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat). 

ZAINAL Madasin (kiri) ketika majlis perasmian program Simulasi Table Top dan Disaster Management Exercise di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. – FOTO/ROSALWANI CHE SOH

Katanya, pasukan tersebut menjalankan tugas berdasarkan kemahiran masing-masing bagi membantu JBPM Kelantan menepati tempoh masa bertindak dalam pengurusan ketika banjir.

“Anggota pasukan ini yang didatangkan khas dari Ibu Pejabat JBPM Putrajaya dan negeri lain. 

“Dengan penempatan pasukan ini, kita berharap tugasan menyelamat lebih lancar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simulasi Table Top dan Disaster Management Exercise di Lembah Sireh, di sini hari ini. 

Zainal memberitahu, pihaknya turut memberi tumpuan di kawasan banjir sekiranya berlaku kebakaran. 

Katanya, simulasi latihan dan menyelamat telah ditambah baik bagi meningkatkan kemahiran anggota ketika menghadapi kebakaran pada musim banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN