IIB nafi tawar peluang pelaburan dalam media sosial, Telegram

Iskandar Investment Berhad nafi tawar peluang pelaburan dalam media sosial, Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Iskandar Investment Berhad (IIB) meminta orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya tipu muslihat pihak tertentu yang menawarkan peluang pelaburan.

Sambil menafikan penglibatan  syarikat itu, IIB menegaskan perkara tersebut yang dilakukan menerusi aplikasi Telegram dilakukan sindiket penipuan.

IIB dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu semakin berleluasa dalam media sosial dan pihak IIB terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Anggota sindiket atau ‘scammer’ ini menyamar sebagai saluran komunikasi rasmi IIB atau kakitangan IIB untuk menarik orang ramai mengambil bahagian dalam peluang pelaburan palsu. Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa IIB mahupun anak syarikat di bawah IIB tidak terlibat sama sekali dalam apa jua cara permintaan wang atau pelaburan daripada orang ramai,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Katanya, IIB telah membuat laporan polis mengenai perkara itu dan ingin menegaskan bahawa penipuan dan skim yang berleluasa itu tiada kaitan dengan syarikat tersebut.

“Orang ramai digalakkan menyemak laman Facebook Amaran Scam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) serta Cyber Crime Alert dan Semak Mule oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk maklumat terkini. Kami menggesa mangsa penipuan tersebut untuk segera membuat laporan di Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian, yang diusahakan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.