Helah sorok 6,000 liter diesel bawah bot nelayan terbongkar

Helah sorok 6,000 liter diesel bawah bot nelayan terbongkar

ANGGOTA Maritim Malaysia memeriksa dua kotak minyak yang diubah suai menjadi tong minyak tambahan yang disorok di bawah bot nelayan pukat tunda di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis menahan empat lelaki tempatan apabila cuba menyeludup minyak diesel yang bernilai RM13,000 di Perairan Langkawi, pada 11.50 malam tadi.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot dinaiki mereka ditahan kapal Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Aman selepas bergerak dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 6 batu nautika barat Tanjung Chincin, di sini.

“Satu ruang asing yang dibuat di bahagian bawah bot ditutupi papan lapis ditemukan ketika pemeriksaan dilakukan ke atas bot berkenaan.

“Anggota penguatkuasa kemudiannya bertindak membongkar kayu papan tersebut dan menemukan dua kotak minyak yang telah diubah suai menjadi tong minyak tambahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pihaknya mengesyaki bot nelayan pukat tunda kelas C itu terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak subsidi berdasarkan penemuan tersebut.

Romli berkata, kira-kira 6,000 liter minyak diesel ditemukan dalam tong minyak tersebut.

Tambahnya, keempat-empat suspek yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 59 tahun bersama bot dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan melakukan kesalahan tersebut.

Sekiranya sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya