Haus Cosmetics jalin kerjasama saintis Switzerland - Utusan Malaysia

Haus Cosmetics jalin kerjasama saintis Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama kosmetik halal tempatan, Haus Cosmetics kini menghasilkan produk terbaharunya, BeauBright yang diformulasikan bersama teknologi dari Switzerland.

Pengasasnya, Eiyma Jalil berkata, kolaborasi tersebut adalah bersama saintis dari Switzerland yang juga Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr Fred Zullie.

“Selepas produk laku keras, Magicpink Compact Powder yang terjual lebih 50,000 unit sejak di pasaran Februari lalu, kami memperkenalkan pula Beaubright ini. Ia dilancarkan sejak Oktober lalu.

“Taruhan baharu ini dilaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun bersama pasukan saintis dari Switzerland diketuai Dr Fred.

“Sebagai tunjang jenama ini, saya sentiasa mengambil berat mengenai kepuasan pengguna dalam mengatasi masalah berkaitan kecantikan. Kami juga tak pernah mengetepikan soal kualiti dalam penghasilan produk,” katanya yang pernah diiktiraf kejayaan produk terbabit menerusi anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award.

Menurut Eiyma, dia juga berbangga menjadi pengusaha legasi niaga yang memiliki dua kilang kosmestik selain sebuah lagi kilang suplemen sendiri di tanah air.

“Setakat ini kilang dimiliki berpengalaman dalam menghasilkan formula kosmetik unik. Malah saya sendiri bertindak sebagai Pengarah R&D di kilang GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd di Cheras sejak 2013.

“Rangkaian produk kami juga halal dan selamat sekali gus diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” katanya.

Tambah Eiyma lagi, hingga kini jenama berkenaan yang dijual sekitar harga RM29 hingga RM89 sudah memiliki lebih 5,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia.

“Insya-Allah jualan produk bagi tempoh sebulan sudah melepasi 10,000 unit secara purata. Kami juga mensasarkan jumlah unit yang terjual setiap bulan akan terjual lebih tiga kali ganda,” katanya.

Dalam pada itu, Eiyma juga mengumumkan Marsha Milan Londoh sebagai penyanyi lagu tema jenama produknya berjudul Cantik Luar, Cantik Dalam.

“Marsha sendiri antara penyanyi tempatan kegemaran saya kagumi mutu vokalnya sejak dia mencipta nama di Akademi Fantasia musim ketiga hinggalah melonjak nama selepas memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) 36,” katanya.

Suplemen Haus Beaubright ini dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle™, Hithion™, vitamin A, B, D dan asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium.

Fokus utama bahan-bahan ini adalah untuk memulihkan kolagen kulit, mencerahkan tona kulit tidak sekata, menjadi ejen anti-penuaan, memulihkan keremajaan serta menghidratkan kulit seiring dengan slogannya ‘Cantik Luar, Cantik Dalam’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN