Hari kelima: Pejabat Anwar Ibrahim masih jadi lokasi tumpuan media

Hari kelima: Pejabat Anwar Ibrahim masih jadi lokasi tumpuan media

SUASANA di pekarangan pejabat Anwar Ibrahim.-UTUSAN/MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing di sini masih menjadi lokasi tumpuan pengamal media susulan kerajaan Persekutuan yang masih belum dibentuk.

Sehingga hari ini telah memasuki hari kelima selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 berakhir 19 November lalu.

 

Petugas-petugas media telah menunggu di luar pejabat Presiden PKR itu kira-kira sejak pukul 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang pergerakan keluar masuk Anwar dan pemimpin-pemimpin lain manakala keadaan di sekitar pejabat terkawal.

Kakitangan pejabat Anwar turut menyediakan makanan berupa biskut, nasi lemak dan minuman untuk petugas-petugas media di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya