PRN Johor: Proses undi awal kekal lancar walau hujan lebat - Utusan Malaysia

PRN Johor: Proses undi awal kekal lancar walau hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Proses undi awal di Dewan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) No 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini kekal berjalan lancar walaupun hujan turun lebat sejak 9.40 pagi hari ini.

Pegawai dan anggota dilihat masih kekal berbaris di bawah khemah yang disediakan, sementara menunggu giliran masing-masing untuk mengundi mengikut tiga saluran yang disediakan.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun terpaksa mengundi dalam keadaan uniform yang basah susulan terpaksa meredah hujan untuk memasuki dewan bagi proses pengundian.

Di pusat pengundian awal itu, seramai 1,338 pegawai dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mereka melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, termasuk Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN