Aksi Colombia, Switzerland 'buku dengan ruas'

Aksi Colombia, Switzerland ‘buku dengan ruas’

Pemain-pemain Columbia menjalani latihan menjelang pertemuan 16 terbaik menentang Switzerland, esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Colombia dan Switzerland memiliki kekuatan seimbang untuk merebut tiket ke suku akhir menjelang aksi kalah mati pusingan 16 terbaik di Stadium Hard Rock, awal pagi esok.

Colombia dilihat memiliki kelebihan daripada segi kreativiti dan ketajaman jentera serangan yang diketuai James Rodriguez serta Luis Diaz manakala Switzerland pula terkenal dengan disiplin taktikal, organisasi pertahanan yang kemas dan keupayaan menghukum lawan menerusi serangan balas pantas.

Pengendali Columbia, Nestor Lorenzo mengakui pasukannya perlu berada pada tahap terbaik jika mahu menewaskan wakil Eropah itu dan menegaskan tiada ruang untuk melakukan kesilapan dalam saingan kalah mati.

“Kami menghormati Switzerland kerana mereka adalah pasukan yang sangat teratur dan sukar untuk ditewaskan. Mereka tahu bagaimana untuk mengawal permainan dan memanfaatkan setiap peluang yang hadir.

“Dalam perlawanan seperti ini, perkara paling penting adalah mengekalkan identiti kami sendiri. Kami perlu bermain dengan keberanian, menguasai bola dan menunjukkan intensiti yang tinggi sepanjang perlawanan.

“Kami sedar apa yang dipertaruhkan. Colombia datang ke sini dengan impian besar dan kami mahu memastikan perjalanan ini berterusan sehingga ke penghujung kejohanan,” kata Lorenzo.

Bagi ketua jurulatih Switzerland, Murat Yakin optimis anak buahnya mempunyai segala ramuan untuk mencipta kemenangan meskipun berdepan salah satu pasukan paling berbahaya dari Amerika Selatan.

“Colombia memiliki ramai pemain berkualiti yang mampu mengubah keputusan perlawanan dalam sekelip mata. Sebab itu kami perlu kekal fokus dari minit pertama hingga wisel penamat.

“Pasukan ini sudah menunjukkan karakter yang kuat sepanjang kejohanan. Kami mempunyai keyakinan terhadap kemampuan sendiri dan tidak datang ke sini hanya untuk melengkapkan jadual pertandingan,” ujar Yakin. – AGENSI/UTUSAN

FAKTA MENARIK
Ini merupakan pertemuan pertama antara Colombia dan Switzerland dalam saingan Piala Dunia, menjadikan aksi ini satu sejarah baharu buat kedua-dua negara.

KESEBELASAN UTAMA
Colombia

Formasi: 4-2-3-1
Jurulatih: Néstor Lorenzo

Penjaga gol: Camilo Vargas
Pertahanan: Daniel Muñoz, Davinson Sánchez, Jhon Lucumí, Deiver Machado
Tengah bertahan: Jefferson Lerma, Richard Ríos
Tengah serangan: Jhon Arias, James Rodríguez, Luis Díaz
Penyerang: Jhon Durán

PEMAIN TUMPUAN
Luis Díaz

Bintang Bayern Munich itu menjadi nadi utama serangan Colombia menerusi kelajuan, kemahiran menggelecek dan keupayaannya mencipta peluang daripada situasi sukar. Diaz tampil cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia 2026 dan terus menjadi pemain paling berbahaya

Switzerland

Formasi: 3-4-2-1
Jurulatih: Murat Yakin

Penjaga gol: Gregor Kobel
Pertahanan: Manuel Akanji, Nico Elvedi, Ricardo Rodríguez
Tengah: Silvan Widmer, Granit Xhaka, Remo Freuler, Michel Aebischer
Tengah serangan: Dan Ndoye, Ruben Vargas
Penyerang: Breel Embolo

PEMAIN TUMPUAN
Gregor Kobel

Penjaga gol Borussia Dortmund itu menjadi benteng terakhir yang cukup ampuh buat Switzerland sepanjang kempen Piala Dunia 2026. Ketangkasan, ketenangan serta keupayaannya melakukan aksi penting menjadikan Kobel antara penjaga gol paling menyerlah dalam kejohanan setakat ini. REKOD PERTEMUAN

Colombia menang: 3

Seri: 3
Switzerland menang: 2

Pertemuan terakhir: Switzerland 2-2 Colombia (Perlawanan persahabatan antarabangsa, Mac 2019)

RAMALAN

Colombia: 55%
Switzerland: 45%

PRATONTON PERLAWANAN

Colombia dijangka lebih banyak menguasai permainan menerusi kreativiti James Rodriguez di bahagian tengah, manakala Switzerland berkemungkinan menggunakan pendekatan lebih pragmatik dengan mengutamakan organisasi pertahanan sebelum melancarkan serangan balas menerusi Breel Embolo dan Dan Ndoye.

Pertarungan di bahagian tengah dijangka menjadi penentu utama keputusan perlawanan ini dengan Richard Ríos dan Jefferson Lerma bakal berdepan cabaran hebat daripada Xhaka serta Remo Freuler.

Colombia mungkin memiliki kelebihan dari segi kreativiti dan ancaman serangan, namun Switzerland mempunyai pengalaman luas dalam perlawanan berintensiti tinggi. Justeru, aksi ini dijangka berlangsung sengit dan berkemungkinan ditentukan oleh satu detik magis atau kesilapan kecil di kedua-dua bahagian pertahanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN