GPS setuju bergabung dengan PN, sokong Muhyiddin calon PM

GPS setuju bergabung dengan PN, sokong Muhyiddin calon PM

ABANG JOHARI TUN OPENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan persetujuan untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk Kerajaan persekutuan.

Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pilihan GPS sebagai calon Perdana Menteri Ke-10.

“Untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara, maka, sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar segera.

“Dengan itu, GPS mengambil keputusan demi mengukuhkan dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat dengan membentuk gabungan PN, BN dan GRS bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan kukuh,” katanya dalam sidang media di Kuching hari ini.

Namun, katanya, persetujuan itu disertakan dengan tiga syarat yang dikemukakan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan dalam  Perjanjian Malaysia (MA63) dan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Pertama, menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak. Kedua, autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kesihatan.

“Ketiga, perkara-perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak. Fokus dan tanggungjawab utama kita sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, syarat itu tidaklah melibatkan sebarang perjanjian rasmi.

“Itu adalah syarat kita. Pembentukan kerajaan adalah lebih penting dan dalam situasi politik, kita perlu ketepikan perbezaan dan pada pandangan kita, GPS bersama GRS sebagai Blok Borneo akan menyokong PN dan BN.

“Apabila nombor (majoriti) sudah ada, kita akan sokong kerajaan yang stabil, itu syarat kita,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Muhyiddin membuat tawaran kepada GPS untuk membentuk kerajaan, Abang Johari enggan mendedahkannya.

“Itu (tawaran) kemudian. Ini bukan tawar-menawar, rakyat dan negara lebih penting. Kita dah pilihan raya. Rakyat dah beri mandat, kerja kita menubuhkan kerajaan berasaskan mandat yang kita terima,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya