Feri penumpang dalam proses pembaikan terbakar di Langkawi

[VIDEO] Feri penumpang dalam proses pembaikan terbakar di Langkawi

SEBUAH feri terbakar di limbungan kapal di Bukit Malut, Langkawi, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebuah feri yang dalam proses pembaikan di limbungan kapal di Bukit Malut, di sini, terbakar petang ini.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd. Fadzullah Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 5 petang.

Katanya, tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan satu jentera dari BBP Persiaran Putra diarahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan bilik enjin sebuah feri yang berada di atas tanjakan kerana dalam proses pembaikan. Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan air dan 11 tong buih pada peringkat pertama pemadaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KEADAAN sebuah feri yang terbakar di limbungan kapal di Bukit Malut, Langkawi, Kedah.

Menurutnya, sebanyak 12 tong buih tambahan dihantar ke lokasi bagi peringkat seterusnya.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.46 petang tadi dan proses pemadaman masih giat dilakukan,” ujarnya.

Tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya