Enggan mengundi bererti laluan percuma pemimpin tidak efektif

Enggan mengundi bererti laluan percuma pemimpin tidak efektif

HANIZA Mohamed Talha bertemu dengan para pengundi di Hulu Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keengganan rakyat keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara tidak langsung memberi laluan percuma kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk mentadbir negara.

Calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) Parlimen Hulu Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, sepanjang kempen PRU15, beliau banyak menerima maklum balas orang ramai yang tidak begitu berminat mengundi dan perkara itu berlaku sejak bermula pembubaran Parlimen.

Katanya, ramai memaklumkan mereka tidak akan keluar mengundi akibat kelesuan politik dan mengatakan mengapa perlu mengundi kerana tiada akan berubah.

“Tanggapan dan sikap sedemikian daripada rakyat adalah sesuatu yang saya serta barisan pimpinan PBM amat prihatin dan cakna bersama kebimbangan jika ia semakin menular dalam kalangan masyarakat kita.

“Walaupun kami faham apa punca yang menyebabkan sesetengah rakyat mempunyai pemikiran sedemikian, memilih untuk tidak mengundi bermakna mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haniza menegaskan, seseorang rakyat tidak seharusnya beremosi dan memilih untuk tidak mengundi pada PRU15 kerana mengundi adalah tanggungjawab asas seorang warga dalam mana-mana sistem demokrasi.

“Di Malaysia, peluang itu hanya datang lima tahun sekali. Apa yang akan berlaku jika pengundi masih enggan untuk keluar mengundi? Ada kemungkinan mereka akan memberi laluan percuma kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau efektif untuk mentadbir negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat mengundi PBM kerana langkah itu bererti memecahkan acuan politik lama yang mungkin merencatkan pembangunan negara kerana partinya tidak seperti sesetengah parti politik lain.

Katanya, pengundi sewajarnya memberi peluang kepada PBM dalam pilihan raya umum kali ini kerana pihaknya sebagai sebuah parti berbilang kaum yang mengutamakan pemerkasaan wanita dan belia.

“Undi anda bukan sahaja penting untuk diri sendiri, tetapi juga demi generasi akan datang,” katanya.

PBM bertanding di lima kerusi Parlimen yang membabitkan tiga kawasan di Selangor dan satu masing-masing di Kuala Lumpur dan Labuan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya