Elak pilih kasih, campur tangan politik jawatan tertinggi kerajaan

Elak pilih kasih, campur tangan politik jawatan tertinggi kerajaan – CUEPACS

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelakkan unsur-unsur pilih kasih atau favouritisme dan campur tangan politik dalam proses lantikan jawatan tertinggi kerajaan. 

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ia boleh menjejaskan operasi perkhidmatan awam sekiranya mereka yang dilantik tidak kompeten dan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dalam menasihat menteri yang dilantik. 

Katanya, adalah lebih baik jika lantikan jawatan yang dibuat dalam kalangan penjawat awam sahaja bagi memastikan kelancaran sesuatu jabatan dapat diteruskan sekiranya berlaku peralihan kerajaan. 

“Mereka yang dilantik berdasarkan politik akan meletak jawatan atau dipaksa melepaskan jawatan apabila suatu kerajaan itu berubah. Ini boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan dan menimbulkan persepsi kurang baik terhadap perkhidmatan kerajaan sedia ada.

“Namun, pada dasarnya Cuepacs tidak mempunyai masalah bagi lantikan politik yang mempunyai kelayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Adnan, berharap supaya barisan menteri yang bakal dilantik mengutamakan penjawat awam yang berkebolehan dan kompeten untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam perkhidmatan awam.

“Perkhidmatan awam sendiri ketika ini mempunyai pegawai yang berkelayakan dalam pelbagai bidang dan harus diberi peluang mengikut pengalaman serta kompentensi masing-masing. 

“Lantikan daripada luar sudah tentu menyebabkan pembangunan kerjaya dalam perkhidmatan awam akan lebih sempit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya